Etnik Bajau merupakan salah satu antara etnik yang terkenal di Malaysia yang terletak di Perairan Sabah dan Sarawak.Namun, secara majoritinya etnik ini lebih tertumpu di kawasan Sabah. BAJAU adalah suku kaum yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kaum yang menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah
sejak beberapa ratus tahun yang lama. Oleh kerana telah lama menetap di kawasan tersebut, suku kaum ini diiktiraf sebagai penduduk
asli dan merupakan antara penduduk bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya.
Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah.
Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di
samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan
dan penyelam yang mahir.
Perkampungan Laut Gypsies
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya.
Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar.. Manakala Orang Bajau Asli Pantai Τimur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau
Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi
pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah
sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang
terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna
terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
Makanan Tradisional Etnik Bajau
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis hidupan laut. Tambahan pula, ia juga dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.sagol pula bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu ‘benda yang dicampuradukkan’. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal yang mana secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit.
Perayaan Kaum Bajau
Regatta Lepa atau Sea Festival
Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud
perahu atau bot yang dijadikan tempat berteduh bagi kaun Bajau yang
tinggal di atas laut. Biasanya lepa diperbuat daripada kayu jenis ubar
suluk.Regatta Lepa merupakan salah satu perayaan yang sangat terkenal
dalam kaum Bajau dan disambut pada bulan April setiap tahun di daerah
Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar
masyarakat Bajau Semporna Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif
bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut
dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat. Hiasan ukiran tersebut
merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi
dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan
membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian
tradisional masyarakat Bajau Laut. Semasa berlangsungnya festival ini,
setiap lepa beserta penari tersebut perlu menggayakan tarian mereka
serta hiasan lepa mereka.