Monday, 3 October 2016

Bajauu Terbaikkk

Etnik Bajau merupakan salah satu antara etnik yang terkenal di Malaysia yang terletak di Perairan Sabah dan Sarawak.Namun, secara majoritinya etnik ini lebih tertumpu di kawasan Sabah. BAJAU adalah suku kaum yang  terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kaum yang menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama. Oleh kerana telah lama menetap di kawasan tersebut, suku kaum ini diiktiraf sebagai penduduk asli dan merupakan antara penduduk bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.



Perkampungan Laut Gypsies



         
     Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya.

Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.



Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
       Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar.. Manakala Orang Bajau Asli Pantai Τimur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

          Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Makanan Tradisional Etnik Bajau

    Tambahan pula, etnik ini juga mempunyai kepelbagaian jenis makanan tradisional yang sangat sedapppp. Antaranya, ialah lattok, kima, sagol/senagol, latok, putu, tompek dan sebagainya. 
    
  Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis hidupan laut. Tambahan pula, ia juga dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.sagol pula bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu ‘benda yang dicampuradukkan’. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal yang mana secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit.
 
Perayaan Kaum Bajau

Regatta Lepa atau Sea Festival
        Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot yang dijadikan tempat berteduh bagi kaun Bajau yang tinggal di atas laut. Biasanya lepa diperbuat daripada kayu jenis ubar suluk.Regatta Lepa merupakan salah satu perayaan yang sangat terkenal dalam kaum Bajau dan disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat. Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut. Semasa berlangsungnya festival ini, setiap lepa beserta penari tersebut perlu menggayakan tarian mereka serta hiasan lepa mereka.




No comments:

Post a Comment